06 January 2010

Info mengenai Pelan Takaful PruBSN (Takafulink dan Takafulink Cerdik serta Medical Card)

Pengumuman : Quotation untuk Takafulink Ver 1.4.0.3a sedia untuk didownload Klik Sini __________________________________________________________________

SELAMAT TAHUN BARU 2010.....

Baru je habih closing sales dan persistency tahun 2009. Dah setahun berlalu. Rehat sekejap, then teruskan perjuangan lagi 2010....Kepada agent2 sekalian...start early..jangan nak bertangguh....1st Quarter 2010 100K API..... Sila ke sini untuk artikel terbaru dari saya. ___________________________________________________________________

Assamualaikum dan salam sejahtera.




Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN).

Antara maklumat yang anda boleh perolehi :
- Pelan Takafulink (Dewasa atau Pendidikan)
- Medical Card prubsn takaful
- Peluang Kerjaya sebagai Agent PruBSN Takaful
- Maklumat Teknikal untuk agent-agent PruBSN
- Soal jawap (FAQ)
- Tips and Tricks
- Maklumat semasa mengenai industri insurans atau takaful.
dan sebagainya.....


Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan Takaful PruBSN ini, boleh hubungi saya di 019.323.2121 (Aziz) atau email : abdriadi@prupartner.com.my


Selain itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Agent PruBSN Takaful secara Part Time / Full Time, juga boleh hubungi saya seperti yang tertera di atas. Sertai kami, syarikat yang anda boleh percayai.."The Face You Can Trust"...Terima Kasih.

Kami membantu merealisasikan impian anda untuk menjadi JUTAWAN dalam industri takaful di Malaysia.

05 January 2010

Anda tentukan BONUS Untuk Anda....

Salam pembaca budiman sekalian. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah.



Apabila saya login email account saya sahaja, keluar lah pop-up window mengenai pengumuman nie. Begitulah setiap awal tahun, selama saya join Prudential/PruBSN Takaful, tahun 2010 nie masuk tahun yang ke 8. 2003, 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009, 2010. Subhanallah, cepatnya masa berlalu....dah dekat 8 tahun. Alhamdulillah, saya tak pernah missed untuk dapatkan bonus setiap tahun. Disaat-saat orang yang kerja makan gaji berkira-kira berapa bonus yang mereka akan terima daripada majikan mereka, setelah dinilai berdasarkan prestasi syarikat, prestasi kerja mereka, KPI mereka....mereka masih berkira-kira berapa yang mereka akan dapat. Ada yang agak menyedihkan, company dah declare siap2...tahun ni takde bonus, sebab business teruk...ada yang berkira2 dapat sebulan gaji, ada yang 2 bulan gaji, mungkin yang bernasib baik dapat sampai 5-6 bulan gaji. Tahniah...

Tapi, apa kaitannya dengan apa yang saya nak kongsikan ini?...tak lain dan tak bukan, macam mana cara kita nak CONTROL bonus kita...bukan berharap majikan akan berikan kepada kita...

Saya nak citer sikit macam mana saya control bonus untuk diri saya.

Dulu saya pun kerja makan gaji (boleh tengok latarbelakang saya dalam ruangan In Person), macam kebanyakkan orang...dan year by year, bila hujung tahun je, bila sembang dengan officemate, akan terkeluar jugak pasal bonus nie...dan masing2 buat andaian sendiri. Langkah pertama saya lakukan adalah...start business sendiri sebagai agent/perunding insurance dibawah Prudential...pada mula2 saya join, saya hanya nampak commission structure i.e pontensi pendapatan yang agak menarik (walau pun bg sesetengah orang mungkin susah untuk dicapai, tapi hati saya mengatakan benda nie boleh dilakukan....). Tapi bila saya dah join, rupanya ada yang lebih menarik dan lebih membuatkan saya teruja...iaitu BONUS.....ada bonus rupanya jadi agent nie...so, saya study habih secara teknikal (macam mana nak dapat, macam mana nak kira, macam mana nak manage).

Awal pembabitan saya 2003, saya tak qualify bonus sebab baru je join. Tapi, masuk 2004, saya boleh tahu berapa saya akan dapat pada 21 Januari 2005 dan 21 Julai 2005 (Bonus masuk 2 kali setahun)....macam mana saya boleh tahu?..sebabnya

- Saya buat production untuk dapatkan bonus maksimum iaitu 13% daripada jumlah production. Lihat table kat sini utk jadual peratusan kelayakan bonus.

- Saya jaga persistency (policy yang active mesti lebih dari 90%) (yang ini saya tak perlu citer details sebab agak teknikal...kalau dah jadi agent, saya boleh turunkan Ilmu)

Jadi, 2 perkara di atas dapat diketahui pada hujung bulan December setiap tahun, i.e tak masuk tahun baru lagi...jadi, kita dah dapat tahu berapa kita dapat pada tahun depan. Saya nak share sikit tahun 2004, saya buat production 192,000 API (Annual Premium Income)..istilah yang digunakan dalam Prudential. Saya buat kiraan di bawah. Senang sikit untuk anda semua melihat kiraanya..

- Production = 192,000 API

- Persistency = 90%

- Nett Production (total production x persistency) i.e jumlah account/policy yang masih active = 192,000 x 90% = 172,800. Jadi peratusan kelayakkan bonus adalah 13%.

- Bonus : 172,800 x 13% = RM 22,464 (dibayar 2 kali...21 Jan dan 21 Jul tahun berikutnya)...(mungkin tak banyak bagi orang yang buat sales lagi hebat dari ini, tapi saya citer apa yang saya dapat. Apa yang orang lain dapat, kalau nak citer pun bukan dapat kat kita...tol tak?..)

Saya dulu kerja TM Berhad (dulu zaman saya Telekom Malaysia Berhad)...gaji kasar RM 2,300 sebulan..tahun 2003. 2004 jadi agent (meniaga kecil-kecilan)..., dan 2005 dapat bonus = 9.7 bulan gaji TM Berhad (macam dapat bonus 9.7 bulan laaa...)....itu tak masuk commission lagi...so, semenjak dari saat itu, Alhamdulillah, saya tak pernah missed, every 6 month saya dapat bonus...

Dan, yang paling seronok lagi...(Alhamdulillah, syukur pada Allah tak terhingga)...bonus bukan dapat untuk production setahun. Makin lama kita buat, kita dapat bonus berganda...sebabnya, setiap tahun production tu, kita dapat selama 3 tahun (dengan syarat kita jaga persistency)....90%, 80%, 80%.

Contoh : Skrg tahun 2010...tahun 2009 punya production (90% persistency)...tahun 2008 (80%) dan tahun 2007 (80%)....so, total Nett Production (total production x persistency) utk 3 tahun tu....darapkan 13%. Subhanallah...sesuatu yang saya sendiri tak pernah terbayang masa makan gaji...

Anda boleh bayangkan?..Alhamdulillah....anda nak tau rahsianya macam mana?...contact saya (019-323 2121), saya boleh kongsikan...saya boleh ajarkan ilmu yang ada.

Tujuan saya kongsi perkara ini bukan untuk menunjuk2 atau yang seangkatan dengannya...OBJEKTIF saya...(Anda boleh tentukan bonus anda...)...itu sahaja...

p/s: Bukan senang nak senang, perlu ada usaha, commitment yang tinggi....tapi, apa-apa pun, amik tahu (i.e cari ilmu), implement (i.e amal)....Insyallah dapat yang kita rancangkan (i.e buah)....bertepatan dengan Hadis Nabi Muhammad S.A.W (Maksudnya : Ilmu yang tidak diamalkan, umpama pohon yang tidak berbuah)....jadi, nak dapat buah (rewards), kena amal ilmu, nak dapat ilmu, kena cari guru...

Sekian.

Kembali ke Senarai Artikel

29 November 2009

1000 clients : Recession Proofff.....


Itulah yang diberitahu oleh salah sorang senior agent di Prudential pada tahun 2003 (masa saya memula join Prudential)....pada zaman beliau, agent tu adalah top Bumiputera Agent di Prudential tahun 2002-2003. Saya kurang faham sangat masa tu, tapi sekarang nie, saya faham dan saya akui apa yang dia cakap tu ada benarnya...

Macam mana boleh bullet proof dari segi financial nie? Saya akan buat penerangan yang simple dan mudah difahami.
Pendapatan Insurance memang hanya dapat 6 tahun untuk setiap policy, dan ramai yang tanya saya, lepas tu tak dapat commission tapi kena service sepanjang hayat. Jadi, jawapan saya senang saja. Manusia nie bukan statik, dari seorang, kahwin jadi 2 orang, dan dapat anak seterusnya terus berkembang dan berkembang...Yang penting kita kena bagi service yang terbaik. Bila service bagus, client pun tak malu nak recommend prospect kat kita, dan kita akan dapat client lebih mudah...

Ok, jadi bayangkan kita dah ada 1,000 clients....kalau dalam setahun kita dapat 10% daripada jumlah client kita yang amik policy baru, kita ada tambahan 100 clients. Kalau 100 clients, berapa increment kita sebulan?...
Amik contoh average case RM 150 sebulan untuk seorang, setahun 1,800, kalau 100 clients ada 180,000 API...berapa increment? 180K x 25%....dalam 45K...maknanya sebulan RM 3750....ada ke kita kerja makan gaji dalam increment RM 3750 setahun?...maknanya kalau 1000 clients tu, average client kita amik 150, maknanya income kita dalam RM 30K sebulan...and setiap tahun naik lagi mcm yang saya bgtau tadi.
p/s: Kalau nak tengok mcm mana income insurance meningkat, boleh tengok sini..Potensi Pendapatan dalam Insurance

Jadi, kalau kita yang asalnya mempunyai pendapatan purata dalam RM 2,500 ke 3,000 sebulan, dan ditakdirkan kita buat insurance dan dapat 1000 clients dan income kita naik 10 kali ganda....tetiba waktu recession, client ada yang menghadapi masalah kewangan menyebabkan sebanyak 20% client tak dapat nak sambung bayar premium...so, income kita drop dari RM 30,000 jadi RM 24,000 sebulan. Sebab 20% tak bayar....tapi dulu masa makan gaji, income kita RM 3000 sebulan, bila recession mungkin masih sama lagi...cuma tak de increment or bonus...so, mana lagi ok, reduced 20% jadi 24K sebulan or maintain 3K sebulan?
Dan perlu ingat, walau pun reduced 20% income, tapi masih ada lagi client yang nak tambah policy sebab diorang tau time recession la, lagi perlukan insurance, sebab kalau masuk wad, siapa yang nak bayar bill?
Jadi, reduced 20%, kita boleh recover balik...kalau dah ada 1000 clients, kalau dapat 10% new client dari 1000 client tu pun dah bagus dahh...commission 25% bonus 13%, over sea trips....

Nak tau lebih lanjut, mcm mana boleh dapat income yang bagus dalam business insurance, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi)
Kembali ke -> Senarai Artikel

16 November 2009

Aduhai "GULA"....

Pengumuman : Quotation untuk Takafulink Ver 1.4.0.3a sedia untuk didownload Klik Sini
__________________________________________________________________

Salam,

Ini cutting paper semalam (15/11/2009), The Star, muka depan. Saya perhatikan, The Star memang selalu bagi input yang berguna kepada saya terutamanya hari ahad. Dah banyak artikel yang saya dapat dari The Star yang elok untuk dikongsi bersama.



Apa kaitan GULA dengan blog saya?..i.e yang focus kepada Insurance dan takaful?...

Sebelum saya jawab, mari kita bincang and lihat dulu apa isi yang cuba disampaikan oleh The Star ni. Muka depan nie, tentulah ianya penting, bukan muka belakang2...:D.

Mungkin ramai juga yang macam saya, baru perasan, bahawa kes kematian disebabkan oleh gula lebih tinggi daripada kadar kematian akibat kes kanser dan AIDS....

Gula memang penting untuk tubuh, tapi bila berlebihan atau apabila kita semakin tua, kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh kita berkurangan, sedangkan kadar pengambilan gula kita tak pernah kurang, malah kita kurang bersenam, menyebabkan gula dalam darah akan bertambah...jadi ibu segala penyakit (yang nie saya pernah dengar sorang Doktor tu cakap masa saya hantar mak saya dapatkan rawatan 10 tahun lepas)....

Ibu segala penyakit?....saya tak berapa faham masa tu, tapi now baru saya faham....bila dah ada kencing manis, sakit jantung pun boleh datang, dan darah tinggi pun akan singgah...lepas tu....penyakit buah pinggang pun senang nak lekat...Saya tak nak citer panjan lebar pasal nie, sebab anda boleh baca dari cutting paper yang saya attached nie atau boleh pegi website The Star, archive, sure boleh baca berita nie...

Apa yang saya nak cerita adalah...kaitannya dengan Insurance i.e lebih spesific MEDICAL CARD. Pengalaman saya, pada 4 bulan lepas, ada client sorang nak amik policy + medical card..umur dalam lingkungan awal 40-an. Dalam 3-4 tahun lepas pernah suspect batu karang, tapi dah clear...(tanpa operation)..makan ubat, kasi pecah and keluar ikut salur kencing...so, disebabkan oleh itu, beliau ada record kat hospital panel Prudential. Since tak buat operation, beliau kena buat urine test, result semua ok (clear from batu karang)..tapi masalah lain pulak...ada glucose dalam air kencing...so, kena buat blood test pulak...sekali blodd test..bacaan gula nearly 7. So, akibatnya, decline medical card...so, appeal punya appeal pun tak dapat...so, itu lah hakikatnya...

Sedih le jugak sebab tak dapat nak bantu client dapatkan medical card, tapi...mcm yang selalu dibincangkan, syarikat insurance / takaful bukan wellfare, diorang buat business. Business cover orang yang sihat apabila diorang sakit. Bukan dah sakit baru nak dicover...

So, daripada experienced saya jugak, rata2 kalau dah cecah umur 40-an nie, biasanya kandungan gula dalam darah start tinggi...so, better cari medical card cecepat sebelum kena buat ME (medical examination) wajib selepas umur 55 tahun.

And yang kerja dengan syarikat yang cover medical card, mungkin you all kata, tak perlu le sebab skrg nie company cover...yup, betul, tapi bila dah company tak cover (bersara wajib) and kalau masa tu dah pernah dapatkan rawatan masa kat kerja kat company lama disebabkan kena kencing manis, kemungkinan besar utk jadi kes mcm yang saya cerita di atas adalah sangat tinggi. So, bersedia sebelum ianya berlaku...:D.

Sekian...

29 October 2009

In Person

Assalamualaikum.

Sedikit pengenalan....

Mungkin selama nie, ramai pembaca yang surf blog saya hanya mencari bahan atau maklumat berkenaan insurance/takaful atau lebih khusus plan2 PruBSN Takaful...dan satu hari saya terfikir untuk berkongsi serba sedikit perihal diri saya, kisah hidup saya, dan pelbagai pengalaman saya dalam hidup dan dalam business, mungkin boleh dijadikan sebagai satu perkongsian pengalaman yang berguna.

Nama penuh saya adalah Abd Aziz Bin Riadi, dan senang dengan nama panggilan Aziz Riadi. (Sebab nama Arwah Ayah saya Hj Riadi Bin Selamat (Al-Fatihah)) saya rasa agak unik. Dan kombinasi Aziz Riadi membuatkan ianya lebih unik. Tapi kalau kat kampung, nama saya lain...:D. Saya dilahirkan pada 1 Jan 1977 di Bukit Gambir, Muar, Johor...dan tinggal di sana (bersama mak dan ayah saya) semenjak lahir hinggalah lepas grad dari UTM Skudai, saya bekerja di KL dan menyewa di Kg Baru, KL. Anak ke 8 daripada 10 adik beradik. Sekarang menetap di Denai Alam, Shah Alam.

Mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta Noorazilla Nordin, dan dikurniakan sepasang cahaya mata , Muhammad Haziq Haiqal (4 tahun) dan Fasha Nur Dania (1 tahun). Sekarang ni, kami suami isteri buat business insurance, sebab saya dah ada group sendiri (nak kena jaga agent), dan client2 baru saya akan minta isteri saya yang tolong uruskan.

Saya cukup suka kehidupan saya masa kanak2. Kalau saya ingat lagi bagaimana saya membesar, ia amat mempengaruhi diri saya sekarang. Nak tau sebab apa?...sebabnya, saya bukan datang dari keluarga yang senang, Ayah saya dulu bekerja sebagai buruh kelapa sawit (mengambil upah petik kelapa sawit di Estet)..dan membuat sedikit kerja2 kebun sendiri....dan ibu saya masa tu, sebab adik beradik masih ramai yang bersekolah, dan ayah saya ada buat loan dengan bank pertanian (beli tanah 6 ekar utk projek kebun kecil kelapa sawit)....jadi ibu saya mengambil upah menoreh getah di Kebun Felcra Kundang Ulu untuk membantu keluarga. Ibu saya berhenti bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa selepas ayah saya selesai membayar pinjaman bank pertanian..masa tu saya tahun 3 di UTM..i.e 1997. Jadi, semenjak yang saya ingat (umur 5-6 tahun)...saya dah diajar / ikut ibu bapa saya pergi ke kebun (kelapa sawit / getah)...dan saya masih ingat lagi, masa umur 7 tahun, ayah saya ajak saya tarik lembu (sebab masa tu ayah saya dapat lembu pawah dari kerajaan sebanyak 2 ekor (sepasang))...so kena tarik dari tempat lembu tu diturunkan hingga ke rumah saya, dekat 7-8 kilometer berjalan kaki...pengalaman yang menarik, sebab masa tu saya pakai baju warna merah, lembu asyik nak mengejar saya je. Sampai le terpaksa saya buka baju dan berjalan berlengging (tak pakai baju).

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sengkang, 1984-1989. Kemudian sekolah menengah di Sek Men Bukit Gambir (3 bulan) dan kemudian di Sekolah Tinggi Muar (1990-1994). Lepas tu, dapat masuk Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, sessi 1995/1996 - 1999/2000, dalam bidang Sarjana Muda Sains Komputer.

Dari start boleh ingat - 1984 (Zaman Kanak-kanak)

Zaman kanak2 nie kalau nak dikenang2, saya rasa dalam umur 5 tahun la. Sebab masa tu dah boleh ingat lee...Korang semua pernah rasa tak macam mana kalau tak de bekalan elektrik?...sebab masa tu, lingkungan tahun 1982-1983, kalau tak silap saya. Masa tu kampung saya tak de letrik lagi.


1985-1989 (Zaman sekolah rendah)

1990-1994 (Zaman sekolah menengah)

1995-2000 (Zaman Universiti)

2000- 2003 (Zaman kerja makan gaji)

2004- sekarang (Zaman buat business...)

Bersambung.....(Insyallah saya akan letakkan gambar2 yang berkaitan sekali)